Minggu, 31 Maret 2013

MEMILIH NAMA SUFFAH

Mengapa kami memilih nama SUFFAH untuk kegiatan jurnalistik Pondok Pesantren Terpadu Al Istiqomah. Tentu ada alasannya.

Anda ingin tau jawabannya?

Tanpa harus bertele-tele...! Tentunya ada dua jawaban

Diawali dengan kegiatan santri.
Pada waktu itu tepatnya pada bulan ramadhan 1431 H. Para Santri yang sudah menjadi rutinitas kegiatan di bulan ramadhan adalah tadarus, hafidz dan belajar kitab kuning bahkan ceramah baik oleh ustadz, ustadzah dan santri yang selalu diadakan di masjid untuk sampai waktu buka dan syaur, juga waktu-waktu lain yang sudah dijadwalkan. Disitulah ada sebagian ustadznya yang melontarkan idenya yaitu "karya tulis ceramah yang para santri buat perlu dikembangkan kedalam bentuk tulisan lain. Dimana wadah tersebut tidak hanya membatasi karya tulis yang mereka buat". Maka munculah ide itu dengan membuat mading masjid, walau sudah ada di sekolah dengan bentuk lay aut yang relatif sederhana. Singkat cerita terjadilah perdebatan mengenai masalah nama.
Ustadz Taofik Ar-Rakhman memaparkan alasan pilihan nama Suffah tersebut secara singkat, yaitu: 1) Kegiatan santri setiap romadhan selalu dimasjid. 2) Menurut sejarah kaum sufi di jaman Rosulullah. 3) Nama kepanjangan arti jurnal yang akan digunakan oleh Pondok Pesantren Terpadu Al Istiqomah secara lengkap dengan rublik yang akan diterapkan.
Disini akan dipaparkan maslah kedua dan ketiga. Adapun pengertian kesatu sudah sedikit banyaknya dipaparkan diatas.

Suffah Menurut Sejarah
Suffah dalam pengertian sejarah rosulullah adalah kumpulan para sahabat Rasulullah s.a.w yang bermula mereka dikatakan akhli sufi atau tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah yang demikian kaum Muslimin tidak menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati memberi bantuan kepada golongan yang lemah itu.

Pada perkembangan Islam, peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di berada di masjid Rosulullah s.a.w yang akhirnya menjadi ahli masjid yang merupakan tindakan sangat berhikmah. Ahli suffah juga, ahli masjid yang selalu berkumpul dengan Rasulullah s.a.w . Mereka orang perttama hadir dalam mendengar ajaran Rasulullah s.a.w, untuk mempelajari al-Quran secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Mereka disebut kutubkhanah yang menyimpan segala macam pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka orang-orang yang sangat mendalam ilmu pengetahuan tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu ke-islam-an'’ yang mereka miliki sangat memainkan peranan penting sebagai mubaligh dalam menyampaikan ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan kepada mereka yang baharu memeluk agama Islam. 

Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewa kepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbangan mereka kepada perkembangan agama-Nya. ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah dan Ayat 122 : Surah at-Taubah )

Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.

Al-Quran mengatakan agar umat Islam tidak keluar berjiahad. Salah satu jihad yang dibenarkan tidak pergi ke medan perang itu adalah memperdalamkan dan mengembangkan ilmu dan agama islam. Berperang mengangkat senjata dan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling hampir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang mereka membawa apa yang dibawa oleh Rasul”. Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada”. 

Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w merupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah dasar yang perlu diperhatikan dalam memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang datang kemudian.

Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa golongan demikian sebagai kumpulan yang paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani mereka adalah cermin jernih yang menerima pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada setiap zaman. Tugas mereka adalah memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu agama, terutamanya dalam perkara akidah.

Pemerintahan Islam yang bangun oleh Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. Mereka itu adalah ahli suffah. Kebanyakan mereka menghabiskan waktunya di dalam masjid. Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasan dan lain-lain disebarkan oleh ahli suffah. Ahli suffah yang bergerak dan mempertahankan agama dan negara Islam. Kehadiran ahli suffahlah islam menjadikan tersebarluas ke pelosok dunia dan membangun peradaban islam.

Suffah Menurut Jurlistik atau Media Masa
Suffah dalam pengertian media masa atau junalistik, nama seringkali mencerminkan isi yang dibicarakan oleh media masa tersbut dari setiap rublik yang dibicarakan dan menjadikan ciri khas media masa tersebut.
Dimulai dari kata sinonim yang menjadi pengambilan nama. Suffah berarti "Suara Muslim Kaffah". Makna tadi memberikan deskrifsi, bahwa kita sorang muslim harus mampuh mendakwahkan nilai-nilai ajaran islam kepada segenap manusia khususnya kalangan umat islam yang belum memahami ajaran islam secara utuh dan kaffah. Disinilah peran kita melakukan jihad sebagaimana yang telah dilakukan pada jaman Rosulullah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar